LAWATAN MESRA ZHEIJIANG INDUSTRY POLYTECHNIC COLLEGE

Pada 11 Januari 2024, Program Teknologi Kimpalan telah menerima kunjungan delegasi dari Zhejiang Industry Polytechnic College bertempat di Bengkel Kimpalan, KVSB. Lawatan mesra yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 10.45 pagi ini melibatkan penyertaan pelajar dan pensyarah.

Objektif utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada delegasi pelawat mengenai Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc) teori dan amali Diploma Teknologi Kimpalan serta menunjukkan projek inovasi “Electrode Crusher Machine”.

Pencapaian: Tidak melibatkan pencapaian.

Impak Program:

  1. Pensyarah dan delegasi pelawat dapat bertukar-tukar pendapat mengenai kurikulum sedia ada serta kemudahan di bengkel.
  2. Kumpulan pelajar inovasi telah membentangkan mengenai projek inovasi “Electrode Crusher Machine”.

Rumusan: Aktiviti telah berlangsung dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Gambar 1: Caption: Delegasi pelawat disambut oleh Ketua Program

Gambar 2: Caption: Sesi penerangan projek inovasi oleh pelajar

Gambar 3: Caption: Sesi penerangan projek inovasi oleh pelajar

Gambar 4: Caption: Bergambar bersama kumpulan delegasi pelawat

Laporan ini disediakan oleh Atiqah binti Aman, Setiausaha Program Teknologi Kimpalan.

Scroll to Top