Peneraju Pendidikan Teknikal dan Vokasional yang Unggul
Memperkasa Pendidikan Teknikal dan Vokasional melalui Pelaksanaan Program yang Berkualiti
2.0 MATLAMAT PROGRAM
Matlamat program Diploma Teknologi Kimpalan ialah untuk membentuk Pembantu Teknologis Kimpalan yang bersedia untuk menyertai pasaran kerja, usahawan yang berdaya saing dan mampu melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
3.0 HASIL PEMBELAJARAN
Setiap pelajar program Diploma Teknologi Kimpalan yang telah tamat tempoh pengajian perlu tahu, faham dan boleh lakukan 11 perkara berikut :-
1. Menjelaskan kefahaman secara sistematik berkaitan pengetahuan teori dan teknikal untuk melaksanakan pelbagai tugasan rutin dan bukan rutin dalam bidang Teknologi Kimpalan.
2. Mengaplikasikan pelbagai kemahiran praktikal, kaedah dan prosedur untuk melaksanakan tugasan dalam bidang Teknologi Kimpalan.
3. Menggunakan kemahiran mentafsir, mengaplikasi dan menilai serta menyelesaikan masalah spesifik berkaitan Teknologi Kimpalan.
4. Berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan jelas serta berkesan dalam menyampaikan idea, informasi dan menyelesaikan masalah kepada pelbagai audiens.
5. Berinteraksi dengan berkesan secara individu atau berpasukan dan berkhidmat kepada masyarakat.
6. Berinisiatif untuk kemajuan diri dalam aspek pembelajaran sepanjang hayat dan perkembangan kerjaya.
7. Menunjukkan kompetensi keusahawanan dalam bidang Teknologi Kimpalan.
8. Mematuhi etika profesional dan organisasi dalam persekitaran pekerjaan serta sosial.
9. Mempunyai kepimpinan, autonomi dan kebertanggungjawaban yang signifikan.
10. Menggunakan pelbagai aplikasi digital untuk menyokong aktiviti pembelajaran serta mencari dan memproses data.
11. Menginterprestasi data numerik dan grafik berkaitan bidang Teknlogi Kimpalan.
4.0 SYARAT KEMASUKAN
Lulus Sijil Vokasional Malaysia dan mendapat sekurang – kurangnya 3 kepujian termasuk Kepujian Bahasa Melayu 1104
Pelajar yang tidak memperoleh kepujian Bahasa Melayu 1104 SVM atau Bahasa Melayu 1103 boleh melanjutkan pengajian di peringkat DVM dengan mengambil kursus Bahasa Kebangsaan A.