Pada 23 Mei 2024, Jabatan Teknologi Mekanikal dan Pembuatan telah mengadakan lawatan penanda aras ke Malaysian France Institute (MFI) di Seksyen 14, Jalan Teras Jernang, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Lawatan ini berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang dan dianjurkan oleh Jabatan Teknologi Mekanikal dan Pembuatan, KVSB dengan melibatkan penyertaan pelajar dan pensyarah.
Objektif Program:
- Memberi penerangan kepada wakil pelajar STC Program Jabatan Mekanikal dan Pembuatan (MPP, MTK, MTA, MPI) mengenai laluan kemasukan sambung belajar peringkat Sarjana ke UniKL.
- Mengadakan sesi lantikan External Assessor (EA) bersama pensyarah UniKL dengan Program Jabatan Mekanikal dan Pembuatan (MPP, MTK, MTA, MPI).
- Mengadakan sesi semakan vetting / semakan item soalan PB bersama EA.
- Melawat bengkel/kemudahan yang disediakan di UniKL.
Pencapaian: Tidak melibatkan pencapaian.
Impak Program: Setiap program Jabatan Mekanikal dan Pembuatan dapat melantik seorang External Assessor (EA) daripada UniKL sebagai memenuhi kehendak MBOT.
Rumusan: Lawatan telah berlangsung dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Gambar 1: Caption: Sesi penyampaian cenderahati oleh UniKL kepada Ketua Jabatan, Pn Saliza Bt Mohd Abd Wahab
Gambar 2: Caption: Sesi penerangan program UniKL kepada pelajar STC program Jabatan Mekanikal dan Pembuatan
Gambar 3: Caption: Sesi bergambar
Laporan ini disediakan oleh Atiqah Binti Aman, Setiausaha Jabatan Mekanikal dan Pembuatan.