
Sungai Buloh, 21 Februari – Dua bekas pelajar Sekolah Menengah Vokasional Sungai Buloh (SMVSB), yang kini dikenali sebagai Kolej Vokasional Sungai Buloh, menzahirkan semangat persaudaraan meskipun berasal dari aliran berbeza.
Jefri, seorang bekas pelajar aliran Kejuruteraan Mekanikal (ABM) dari sesi 1995/1996, dan Danial, lulusan Kejuruteraan Awam dari sesi 2002/2003, berkongsi pengalaman mereka sebagai alumni sekolah yang sama.
Menurut Jefri, yang kini merupakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Ijok, dan Danial, ADN Batu 3,
Shah Alam, perbezaan pendapat dalam pelbagai aspek adalah perkara biasa, namun ia tidak pernah menjejaskan hubungan silaturahim sesama mereka.
“Kami mungkin berbeza dalam bidang dan pandangan, tetapi matlamat utama tetap sama, iaitu memberikan khidmat dan manfaat kepada rakyat,” kata mereka.
SMVSB/SMTSB yang dahulunya dikenali sebagai institusi pendidikan vokasional terus melahirkan ramai tenaga mahir dalam pelbagai bidang. Kini, dengan penjenamaan semula sebagai Kolej Vokasional Sungai Buloh, institusi ini terus memainkan peranan penting dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi demi pembangunan negara.
.
