KEJAYAAN KV SUNGAI BULOH JALIN KERJASAMA STRATEGIK DENGAN INTERNATIONAL INNOVATION ARSVOT MALAYSIA (IAM2025)

Kolej Vokasional Sungai Buloh (KVSB) telah mencatatkan satu lagi kejayaan membanggakan apabila berjaya menjalin kerjasama strategik bersama International Innovation ARSVOT Malaysia (IAM2025)

IAM2025 yang bertemakan “Menyatukan Inovator Global” merupakan platform digital yang menghimpunkan pemain industri, akademik dan komuniti inovasi dari pelbagai negara untuk berkongsi kepakaran serta menjana idea baharu dalam bidang teknologi dan pendidikan vokasional.

Program ini turut mendapat sokongan rakan-rakan kerjasama antarabangsa daripada lima buah negara, termasuk:

  • MAS Giresources (MG) – Nigeria

  • Uniglobal Education Academy, Todox Digital Network
  • Satbayev University
  • Thaksin University
  • UMK, Senyum Semua, CATSEUPI, Fakta Kreasi Media, PSTI UPI

Melalui penglibatan lebih lima negara, IAM2025 diyakini mampu menjadi pemangkin kepada kolaborasi rentas sempadan yang akan memperkukuhkan pembangunan inovasi digital secara global, di samping memberi pendedahan antarabangsa kepada pelajar serta tenaga pengajar institusi pendidikan vokasional

   Kejayaan KV Sungai Buloh ini sekali lagi membuktikan komitmen institusi tersebut       dalam memperkasakan pendidikan melalui jaringan antarabangsa, selaras dengan        matlamat untuk melahirkan modal insan yang kompeten, berinovasi dan bertaraf                                                                            global.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top