Permohonan Kemasukan Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Tahun 2026

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Tahun 2026 bagi pelajar Tingkatan 3 tahun 2025 akan dibuka mulai 1 Ogos hingga 7 September 2025.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan berikut:
👉 https://spskt4.moe.gov.my
Tarikh Penting:
Permohonan Dibuka: 1 Ogos – 7 September 2025
Semakan Pusat PKSK: 12 September – 17 Oktober 2025
Ujian PKSK Tingkatan 4: 22 September – 3 Oktober 2025
Sehubungan itu, para pelajar Tingkatan 3 tahun 2025 yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam aliran Sijil Vokasional Malaysia (SVM) digalakkan untuk membuat permohonan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Kolej Vokasional Sungai Buloh mengalu-alukan penyertaan pelajar dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai salah satu pilihan utama kerjaya pada masa hadapan.
.