Majlis Peluncuran Sambutan Bulan Kemerdekaan 2025 Peringkat Kolej Vokasional Sungai Buloh

Sungai Buloh, 11 Ogos 2025
-Kolej Vokasional Sungai Buloh (KVSB) telah mengadakan Majlis Peluncuran Sambutan Bulan Kemerdekaan di Dewan Inovatif pada pagi Isnin, Bermula dari jam 7.30 Pagi hingga 9.30 pagi. Majlis ini melibatkan penyertaan semua pensyarah,serta pelajar Sijil Vokasional Malaysia Tahun 2 Semester 3 dan Pelajar Diploma Vokasional Malaysia Tahun 1 Semester 1.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku,Lagu Selangor, Lagu Malaysia Madani dan Lagu Rasmi Kolej Vokasional. Majlis kemudian diikuti dengan ucapan dari guru yang bertugas pada minggu lepas dan pada minggu ini. Serta ucapan aluan daripada Timbalan Pengarah Akademik, Tuan Sharuddin Bin Basri.


Majlis diikuti dengan nyanyian lagu patriotik dan kibaran bendera Jalur Gemilang yang diraikan oleh semua warga Kolej Vokasional Sungai Buloh. Majlis berakhir dengan laungan “MERDEKA” sebanyak 7 kali yang dipimpin oleh Timbalan Pengarah Akademik, Tuan Sharuddin Bin BasriĀ yang disahut oleh seluruh warga KVSB pada hari ini