Program Teknologi Kimpalan KVSB Raih Gold Award di Dua Pertandingan Antarabangsa

Program Teknologi Kimpalan, Kolej Vokasional Sungai Buloh telah menghantar dua kumpulan inovasi untuk menyertai pertandingan berprestij:
Melaka Vocational College International Innovation Competition 2025 (MVCIIC)
International Invention Competition and Design Competition 2025 (IICDC)
Kedua-dua kumpulan telah mempersembahkan produk inovasi mereka iaitu LIVE CASTING HEAD SHIELD (LCHS) dan telah berjaya membawa pulang:
🥇 GOLD AWARD dalam kedua-dua pertandingan tersebut!

Tahniah diucapkan kepada para pensyarah dan pelajar Teknologi Kimpalan atas pencapaian cemerlang ini.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua warga KVSB untuk terus melakar kegemilangan dalam dunia inovasi.
✨ “Inovasi adalah kunci masa depan, kejayaan lahir daripada usaha bersama.”
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi KVSB
#sehatikvsbdihati
#BersamaMembinaMasaDepan
#TVET
#inovasi