Pelajar KVSB Sertai Program Pensijilan AI Google Gemini
Pada 19 dan 20 Ogos 2025, Kolej Vokasional Sungai Buloh dengan sukacitanya telah menganjurkan Program Pensijilan AI Google Gemini. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (BPLTV) dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) sebagai usaha memberi pendedahan teknologi terkini kepada para pelajar.
Program ini telah berlangsung di Makmal Perakaunan, Kolej Vokasional Sungai Buloh, dengan penglibatan seramai 20 orang pelajar 2DVM Teknologi Maklumat serta 12 orang pelajar daripada 2SVM, 1DVM dan 2DVM Teknologi Pembinaan.
Penganjuran program ini diharap dapat melahirkan generasi yang celik teknologi, mahir dalam bidang kecerdasan buatan, serta bersedia menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0.