Kolej Vokasional Sungai Buloh Sertai ICETVESS 2025

Pada 26 Ogos 2025 (Selasa), Kolej Vokasional Sungai Buloh telah menghadiri International Conference on Engineering Technology, Vocational and Social Science 2025 (ICETVESS 2025). Persidangan ini dianjurkan oleh Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan telah berlangsung di Dewan Konvensyen Aras 5, Bangunan E-Learning, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Seramai 26 orang pelajar ETE telah menyertai persidangan ini dengan diiringi oleh dua orang pensyarah pengiring, iaitu Pn. Nurun Naemah binti Habibollah dan En. Muhammad Afiq bin Mohd Zakaria.

Persidangan antarabangsa ini menghimpunkan pakar industri, pensyarah, penyelidik serta pelajar untuk berkongsi pengetahuan, idea dan inovasi. Antara bidang utama yang diketengahkan ialah:
Teknologi Kejuruteraan
Pendidikan Vokasional
Sains Sosial
Melalui penglibatan ini, para pelajar mendapat peluang menimba pengalaman baharu, pendedahan terhadap teknologi terkini serta membina rangkaian kerjasama bersama institusi dalam dan luar negara.

Warga KVSB yakin bahawa ilmu dan pengalaman yang diperoleh akan memberi inspirasi serta dapat dikongsi bersama seluruh komuniti kolej.
#KVSB #ICETVESS2025 #UPSI #PersidanganAntarabangsa #Teknologi #Vokasional #SainsSosial