Pada 3 September 2025 (Rabu), Kolej Vokasional Sungai Buloh telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kolej Tahun 2025. Program ini berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Dewan Inovatif serta sekitar kawasan kolej.
Sambutan ini dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Program ini bertujuan untuk memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta memupuk rasa cinta dan penghayatan terhadap sunnah baginda dalam kalangan warga kolej.