COUNTDOWN: 5 HARI LAGI KE MAJLIS GRADUASI TVET 2025!
Majlis Graduasi Kolej Vokasional Zon Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semakin hampir! Detik bersejarah ini bakal meraikan kejayaan para graduan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Kohort 2023 yang telah menamatkan perjalanan mereka dalam dunia pendidikan teknikal dan vokasional.
📅 Tarikh: 11 & 12 Oktober 2025 ⏰ Masa: 7.00 pagi – 5.30 petang 📍 Tempat: Dewan Chancellor, Management & Science University (MSU), Shah Alam
Majlis ini bukan sekadar satu upacara, tetapi simbol penghargaan atas usaha gigih dan dedikasi pelajar dalam menjayakan misi TVET ke arah membangunkan negara.
Tahniah kepada semua bakal graduan! 🌟 Semoga kejayaan ini menjadi langkah pertama ke arah masa depan yang lebih cemerlang.