Permohonan Pengiktirafan Master Trainer Siri 1/2026 Kini Dibuka
Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) secara rasmi mengumumkan pembukaan permohonan bagi Pengiktirafan Master Trainer Siri 1/2026.
Program ini merupakan inisiatif di bawah Program Kelayakan Kekompetenan untuk memperkasakan kepakaran tenaga pengajar dalam ekosistem TVET.
Syarat Kelayakan
- Pengalaman: Memiliki sekurang-kurangnya lapan (8) tahun pengalaman mengajar dalam bidang TVET.
- Kelayakan Akademik: Memiliki sekurang-kurangnya Diploma atau setaraf yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
- Sijil Kemahiran: Mempunyai SKM/DKM/DLKM daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
- Kriteria Tambahan: * Telah disahkan dalam perkhidmatan dan mendapat sokongan majikan.
- Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib.
- Skor purata abiliti bidang kepakaran minima 4.0 dalam Sistem TVET Instructor e-Profiling System (TiPS).
- Khusus untuk bidang Metodologi Pengajaran. Calon wajib memiliki sekurang-kurangnya DKM Pengajaran TVET (TVET-I)
Tempoh dan Kaedah Permohonan
Individu yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan dalam tempoh berikut:
- Tarikh Mula: 1 Februari 2026
Tarikh Tutup: 31 Mac 2026
Sila layari pautan di bawah untuk mendapatkan kriteria calon dan panduan permohonan yang lebih lengkap: 👉 Klik Di Sini: Panduan Permohonan Master Trainer 2026
(Hover mouse/tekan selepas 👉 )
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai program pengiktirafan ini, anda boleh menghubungi pihak CIAST di:
Telefon: 03-55438301 / 03-55438309
E-mel: mastertrainer@ciast.gov.my
Alamat: Jalan Petani 19/1, Seksyen 19, 40300 Shah Alam, Selangor