Program Latihan Penggunaan Alat Total Station

Pada 21 Ogos 2025 (Khamis), Bengkel Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional Sungai Buloh telah menerima kunjungan daripada pihak pembekal bagi mengadakan sesi latihan penggunaan alat Total Station. Latihan ini telah berlangsung di Bengkel Teknologi Pembinaan bermula pada jam 9.00 pagi.

Latihan ini disertai oleh pensyarah Program Teknologi Pembinaan bersama pelajar 1DVM CTP.

Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran pengendalian peralatan ukur moden yang digunakan dalam kerja ukur tanah dan bidang pembinaan.

Sesi ini menggabungkan ilmu teori dan praktikal bagi memastikan warga KVSB sentiasa seiring dengan perkembangan teknologi terkini dalam industri pembinaan.

#sehatikvsbdihati
#BersamaMembinaMasaDepan
#KolejVokasionalSungaiBuloh #TeknologiPembinaan #TotalStation #BPLTV #TVETĀ 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top