Permohonan Pengiktirafan Master Trainer Siri 1/2026 Kini Dibuka

Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) secara rasmi mengumumkan pembukaan permohonan bagi Pengiktirafan Master Trainer Siri 1/2026.

Program ini merupakan inisiatif di bawah Program Kelayakan Kekompetenan untuk memperkasakan kepakaran tenaga pengajar dalam ekosistem TVET.

 Syarat Kelayakan

  • Pengalaman: Memiliki sekurang-kurangnya lapan (8) tahun pengalaman mengajar dalam bidang TVET.
  • Kelayakan Akademik: Memiliki sekurang-kurangnya Diploma atau setaraf yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Sijil Kemahiran: Mempunyai SKM/DKM/DLKM daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
  • Kriteria Tambahan: * Telah disahkan dalam perkhidmatan dan mendapat sokongan majikan.
  • Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib.
  • Skor purata abiliti bidang kepakaran minima 4.0 dalam Sistem TVET Instructor e-Profiling System (TiPS).
  • Khusus untuk bidang Metodologi Pengajaran. Calon wajib memiliki sekurang-kurangnya DKM Pengajaran TVET (TVET-I)

Tempoh dan Kaedah Permohonan

Individu yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan dalam tempoh berikut:

  • Tarikh Mula: 1 Februari 2026
  • Tarikh Tutup: 31 Mac 2026

Sila layari pautan di bawah untuk mendapatkan kriteria calon dan panduan permohonan yang lebih lengkap: 👉 Klik Di Sini: Panduan Permohonan Master Trainer 2026

(Hover mouse/tekan selepas 👉 )

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai program pengiktirafan ini, anda boleh menghubungi pihak CIAST di:

  • Telefon: 03-55438301 / 03-55438309

     
  • E-mel: mastertrainer@ciast.gov.my

     
  • Alamat: Jalan Petani 19/1, Seksyen 19, 40300 Shah Alam, Selangor

Scroll to Top