Diploma Teknologi Pemesinan Industri
1.0 VISI DAN MISI
VISI
Peneraju Pendidikan Teknikal dan Vokasional yang Unggul
MISI
Memperkasakan Pendidikan Teknikal dan Vokasional melalui Pelaksanaan Program yang Berkualiti
2.0 MATLAMAT PROGRAM
Matlamat program merangkumi tujuan dan falsafah keseluruhan; objektif merangkumi apa yang perlu dipelajari oleh pelajar; program ialah susunan modul berstruktur untuk mencapai hasil pembelajaran, biasanya membawa kepada kelayakan. Struktur program KV untuk kursus teras merangkumi 70% kemahiran dan 30% teori untuk melahirkan graduan yang mahir dalam teknologi
3.0 HASIL PEMBELAJARAN
Hasil Pembelajaran adalah pernyataan tentang apa yang pelajar perlu tahu, faham dan boleh lakukan apabila tamat tempoh pengajian. Kolej Vokasional menggunakan Domain Hasil Pembelajaran (LO) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Sebelas (11) Domain Hasil Pembelajaran:
Pengetahuan & Kefahaman
Kemahiran praktikal
Kemahiran Saintifik dan Penyelesaian Masalah
Kemahiran Komunikasi
Kemahiran Sosial dan Kerja Berpasukan
Kemahiran Personal
Kemahiran Keusahawanan
Etika & Profesionalisme
Kepimpinan, Autonomi dan Tanggungjawab
Kemahiran Digital
Kemahiran Numerasi
4.0 SYARAT KEMASUKAN
Lulus Sijil Vokasional Malaysia dan mendapat sekurang – kurangnya 3 kepujian termasuk Kepujian Bahasa Melayu 1104
Mencapai kepujian kursus Matematik setara Gred 2.0 di peringkat Sijil Vokasional Malaysia
Menduduki modul tambahan kursus Matematik yang telah ditetapkan bagi pelajar yang tidak mencapai setara Gred 2.0