Program Gotong Royong Madani (EKSA) dan Persediaan MBOT

Pada 5 Julai 2024, Program Teknologi Pembinaan telah mengadakan Program Gotong Royong Madani (EKSA) dan Persediaan MBOT bertempat di Bengkel Teknologi Pembinaan. Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari ini dianjurkan oleh KVSB dengan melibatkan penyertaan pelajar.

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan tahap kebersihan, keceriaan dan keselamatan kolej serta membudayakan amalan gotong-royong dalam kalangan warga kolej termasuk murid, guru dan anggota khidmat pengurusan. Selain itu, program ini bertujuan memupuk nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertanggungjawab, bertolak ansur dan rajin dalam kalangan pelajar serta mencapai standard keselesaan pembelajaran.

Pencapaian: Tidak melibatkan pencapaian.

Impak Program: Program ini dapat mencetuskan semangat kerjasama sesama pelajar yang secara tidak langsung berupaya menyemarakkan lagi hubungan silaturahim dan perpaduan. Selain itu, program ini berjaya mewujudkan persekitaran kawasan kolej dan bengkel-bengkel yang bersih.

Rumusan: Aktiviti ini memberi pendedahan kepada para pelajar bahawa menjaga kebersihan persekitaran kolej dan bengkel amatlah penting bagi mewujudkan keselesaan pembelajaran. Selain itu, kolej dan bengkel-bengkel akan menjadi bersih dan ceria.

Gambar 1: Caption: Menyapu dan Mop lantai bengkel

Gambar 2: Caption: Hasil Keadaan Bengkel Kayu Yang Telah Dibersihkan Oleh Pelajar

Gambar 3: Caption: Membaikpulih Saliran Paip

Gambar 4: Caption: Membaikpulih Longkang Bengkel

Laporan ini disediakan oleh Anisa Faiqah Binti Mohd Amin, Setiausaha STC.

Scroll to Top