SULAM UiTM

Pada 24 Mei 2024, Program Teknologi Pembinaan telah menganjurkan Program SULAM (Service-Learning Malaysia) bertempat di Bilik Seminar. Acara yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari ini dianjurkan oleh pelajar dari 1 SVM 2024 dan 1 SVM semester 2, dengan penyertaan pelajar dari pelbagai kursus.

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan pembelajaran pelajar dengan menghubungkaitkan teori dengan praktis di dunia sebenar. Selain itu, program ini bertujuan untuk meningkatkan sahsiah, kemahiran sivik dan kewarganegaraan dalam kalangan pelajar, memenuhi keperluan komuniti melalui aktiviti kesukarelawanan dengan menggunakan kepakaran pelajar mengikut disiplin, serta mewujudkan persekitaran kerjasama antara pelajar-pelajar.

Pencapaian: Tidak melibatkan pencapaian.

Impak Program: Program SULAM ini membantu pelajar menambah ilmu pengetahuan dan menjana idea dengan lebih banyak serta menggunakan kepakaran tersendiri. Pelajar juga dapat merapatkan lagi hubungan antara sesama pelajar.

Rumusan: Melalui program SULAM ini, pelajar dapat memupuk semangat kerjasama dan kepimpinan serta membina perhubungan yang baik antara pelajar dan para peserta. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan merupakan elemen penting untuk menyampaikan dan mengembangkan ilmu pengetahuan. Program ini berjaya menambah ilmu pengetahuan dan membolehkan pelajar menggunakan kemahiran tersendiri.

Gambar 1: Caption: Pemberian Cenderahati dan Penyerahan Sijil Penghargaan

Gambar 2: Caption: Pembukaan Majlis

Gambar 3: Caption: Ucapan Penutup dari Pelajar STC

Gambar 4: Caption: Pengiraan Markah dan Penyampaian Hadiah

Laporan ini disediakan oleh Anisa Faiqah binti Mohd Amin.

Scroll to Top