Pada 1 Julai 2024, Jabatan Teknologi Mekanikal dan Pembuatan melalui Program Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara telah melaksanakan program pemasangan arahan keselamatan dan tanda keluar kecemasan di Bengkel Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara, Kolej Vokasional Sungai Buloh (KVSB). Program ini berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan melibatkan penyertaan pelajar dan pensyarah.
Objektif program ini adalah untuk menyatakan langkah-langkah keselamatan dalam menjalankan kerja dan mematuhi etika diri serta etika kerja semasa melakukan kerja. Selain itu, program ini bertujuan mengamalkan budaya kerja selamat di kalangan pelajar dan pensyarah.
Pencapaian: Tidak melibatkan pencapaian.
Impak Program: Langkah-langkah keselamatan adalah satu aspek penting yang perlu dititikberatkan oleh semua pihak. Justeru itu, Program Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan pemasangan arahan keselamatan yang bersesuaian di sekitar bengkel. Antara pemasangan yang dilaksanakan adalah seperti tanda keluar kecemasan, penggunaan SOP untuk setiap peralatan dan sebagainya.
Rumusan: Rumusannya, aktiviti ini telah mencapai objektif yang ditetapkan.
Gambar 1: Caption: Pemasangan Tanda Keluar Kecemasan
Gambar 2: Caption: Pemasangan Arahan Keselamatan Penggunaan PPE
Gambar 3: Caption: Pemasangan SOP untuk peralatan berkaitan
Gambar 4: Caption: Pemasangan Tanda Arahan Utamakan Keselamatan
Laporan ini disediakan oleh Ruhaini Linda binti Jamil, Setiausaha Program Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara KVSB.