Diploma Teknologi Kimpalan
1.0 MATLAMAT PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI KIMPALAN
Matlamat program Diploma Teknologi Kimpalan ialah untuk membentuk Pembantu Teknologis Kimpalan yang bersedia untuk menyertai pasaran kerja, usahawan yang berdaya saing dan mampu melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
2.0 VISI DAN MISI PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI KIMPALAN
VISI – Peneraju pendidikan teknikal dan vokasional yang unggul.
MISI – Memperkasakan pendidikan teknikal dan vokasional melalui perlaksanaan program Teknologi Kimpalan yang berkualiti.
3.0 HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI KIMPALAN
Setiap pelajar program Diploma Teknologi Kimpalan yang telah tamat tempoh pengajian perlu tahu, faham dan boleh lakukan 11 perkara berikut :-
- Menjelaskan kefahaman secara sistematik berkaitan pengetahuan teori dan teknikal untuk melaksanakan pelbagai tugasan rutin dan bukan rutin dalam bidang Teknologi Kimpalan.
- Mengaplikasikan pelbagai kemahiran praktikal, kaedah dan prosedur untuk melaksanakan tugasan dalam bidang Teknologi Kimpalan.
- Menggunakan kemahiran mentafsir, mengaplikasi dan menilai serta menyelesaikan masalah spesifik berkaitan Teknologi Kimpalan.
- Berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan jelas serta berkesan dalam menyampaikan idea, informasi dan menyelesaikan masalah kepada pelbagai audiens.
- Berinteraksi dengan berkesan secara individu atau berpasukan dan berkhidmat kepada masyarakat.
- Berinisiatif untuk kemajuan diri dalam aspek pembelajaran sepanjang hayat dan perkembangan kerjaya.
- Menunjukkan kompetensi keusahawanan dalam bidang Teknologi Kimpalan.
- Mematuhi etika profesional dan organisasi dalam persekitaran pekerjaan serta sosial.
- Mempunyai kepimpinan, autonomi dan kebertanggungjawaban yang signifikan.
- Menggunakan pelbagai aplikasi digital untuk menyokong aktiviti pembelajaran serta mencari dan memproses data.
- Menginterprestasi data numerik dan grafik berkaitan bidang Teknlogi Kimpalan.
4.0 SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI KIMPALAN
Pelajar yang layak melanjutkan pengajian dalam Program Diploma Teknologi Kimpalan perlu memenuhi syarat berikut :-
- Lulus Sijil Vokasional Malaysia.
- Memperoleh sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mata pelajaran setara SPM termasuk kepujian Bahasa Melayu 1104 SVM.
- Pelajar yang tidak memperoleh kepujian Bahasa Melayu 1104 SVM atau Bahasa Melayu 1103 boleh melanjutkan pengajian di peringkat DVM dengan mengambil kursus Bahasa Kebangsaan A.
- Memperoleh sekurang-kurangnya gred C mata pelajaran Matematik diperingkat SVM.
- Pelajar yang tidak memperoleh Gred C dalam mata pelajaran Matematik diperingkat SVM, wajib mengambil mata pelajaran Asas Matematik UAM 1012 yang ditawarkan dalam semester satu DVM.
5.0 STRUKTUR PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI KIMPALAN
6.0 COURSE OUTLINE PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI KIMPALAN
7.0 CARTA ORGANISASI PROGRAM TEKNOLOGI KIMPALAN
8.0 SENARAI PENSYARAH PROGRAM TEKNOLOGI KIMPALAN
9.0 KEJAYAAN PROGRAM TEKNOLOGI KIMPALAN
10.0 AKTIVITI TAHUNAN PROGRAM TEKNOLOGI KIMPALAN

KVSB Raikan Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025
KVSB Raikan Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025 Pada 3 September 2025 (Rabu), Kolej Vokasional Sungai Buloh telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul


Kolej Vokasional Sungai Buloh Sertai ICETVESS 2025
Kolej Vokasional Sungai Buloh Sertai ICETVESS 2025 Pada 26 Ogos 2025 (Selasa), Kolej Vokasional Sungai Buloh telah menghadiri International Conference

Program Latihan Penggunaan Alat Total Station
Program Latihan Penggunaan Alat Total Station Pada 21 Ogos 2025 (Khamis), Bengkel Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional Sungai Buloh telah menerima

Pelajar KVSB Sertai Program Pensijilan AI Google Gemini
Pelajar KVSB Sertai Program Pensijilan AI Google Gemini Pada 19 dan 20 Ogos 2025, Kolej Vokasional Sungai Buloh dengan sukacitanya

Warga KVSB Doakan Kejayaan Pelajar SVM Hadapi Penilaian Akhir
Warga KVSB Doakan Kejayaan Pelajar SVM Hadapi Penilaian Akhir Kolej Vokasional Sungai Buloh, Selangor mengucapkan selamat menduduki Penilaian Akhir kepada