Program Taklimat bersama PDRM (Scammer dan Jenayah Siber)

Pada 28 Jun 2024, telah diadakan satu program taklimat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai “Scammer dan Jenayah Siber”. Program ini berlangsung di Surau At-Takwa dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Program ini dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Jawatankuasa Sokongan Akademik Kolej Vokasional Seri Berang (KVSB) dengan sasaran utama pelajar-pelajar Diploma Semester 3.

Tujuan program :

  • untuk memberikan pendedahan dan kesedaran kepada para pelajar mengenai ancaman-ancaman scammer dan jenayah siber yang semakin berleluasa pada masa kini.
  • berkongsi maklumat penting mengenai modus operandi scammer, cara-cara mengesan penipuan dalam talian, serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa jenayah siber.

Topik yang dibincangkan :

  1. Penipuan kewangan
  2. Pancingan data (Phishing)
  3. Serangan perisian hasad (Malware)

Pencapaian :

  • Para pelajar akan lebih berhati-hati dan berwaspada terhadap ancaman jenayah siber serta dapat melindungi diri dan maklumat peribadi mereka dengan lebih baik.

Rajah 1

Rajah 2

Laporan dibuat pada 30 Jun 2024

Scroll to Top