Majlis Berbuka Puasa Program Teknologi Kimpalan Tahun 2024

Pada 27 Mac 2024, Program Teknologi Kimpalan telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bertempat di Bengkel Kimpalan, KVSB. Acara yang berlangsung dari jam 7:30 malam hingga 10:00 malam ini dianjurkan oleh Program Teknologi Kimpalan, KVSB dengan tujuan menghayati erti kasih sayang dan kekeluargaan.

Majlis ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan interaksi antara pensyarah-pensyarah serta keluarga masing-masing, serta antara pensyarah-pensyarah dan barisan pengurusan KVSB. Sambutan puasa tahun 2024 diraikan dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan daripada semua para tetamu yang hadir.

Pencapaian: Tidak melibatkan pencapaian.

Impak Program: Majlis diraikan dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan daripada semua para tetamu.

Rumusan: Majlis telah berlangsung dengan baik dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Gambar 1:

Caption: Anak-anak pensyarah

Gambar 2:

Caption: Bersama Ketua Jabatan Mekanikal dan Pembuatan

Gambar 3:

Caption: Bersama bekas guru pelatih Program Teknologi Kimpalan

Gambar 4:

Caption: Bersama barisan pensyarah Teknologi Kimpalan

Laporan ini disediakan oleh Qadratul Anis binti Faisol, Setiausaha Program Teknologi Elektrik.

Scroll to Top